Januari 06, 2014

Menghitung hari: Anakku gerak

Gerak rancak anakku buat hati ini berasa lucu. Gerak geri yang menggelikan tali pusat. Tapi kadang-kala risau pula apakah anakku sedang tunggang terbalik atau dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. 

Perutku menyenget dari kiri ke kanan, dan kanan ke kiri.

Kanan 

dan 

Kiri

Bergilir-gilir. Bergetar-getar. Berdenyut-denyut.

Mungkin anakku sedang berenang di dalam kantung ketuban. 

Mungkin anakku gementar menunggu giliran untuk keluar dan bernafas di luar kantung ketuban.

Atau mungkin sebenarnya ibunya yang gementar untuk membenarkan anaknya keluar dari corong gelap.

Haihhh.

Doktor kata baby gerak-gerak tanda baby dalam keadaan baik-baik saja. 

Insya Allah.

Pergerakan dan kontraksi adalah proses normal untuk melahirkan.

Dan diri ini hanya mampu menahan nafas. Menahan getaran dari pergerakan rancak itu.

Hari tu, lepas habis parenting class.. berkunjung ke bilik bersalin pula.. rasa cemas berkunjung datang dengan tiba-tiba.. Rasa macam nak ter-panik pula.

Rasa panik ini mungkin terbias dari pandangan visual bilik bersalin yang merangkumi tali temali serta perkakas persediaan yang menurut hati adalah menggerunkan jiwa. 

Azalinya dan yang sebenarnya diri ini penakut. 

Nah, harap-harap rasa panik ini hanyalah drama rekaan untuk sementara dan hanya hadir sekejap saja.

Abang kata, kalau macam tu punya panik dan takut serta untuk mengelakkan drama ambil saja semua injeksi dan ubat penahan sakit yang sedia ada.


Sebenarnya abang bergurau ke apa


kehkehkeh

Saya ini mungkin penakut. 
Tapi saya ini ada berani juga

Inhale.
(Tarik nafas dalam-dalam.)

Exhale.
(Hembus kuat-kuat)

(Ketap gigi kita.)

Nervouslah!


Semoga Allah bantu permudahkan yang sulit.





Disember 17, 2013

Jurnal Ibu mengandung : 33 minggu

Lupakan tentang kasut tumit tinggi dan pakaian bersaiz kecil dulu kala.. Mengandung ini memang banyak pengorbanan dan pancarobanya. Huhu. Baju memang banyak dah tak muat. 

Tapi Abang pula kata baju sebelum mengandung mungkin masih boleh dipakai lagi lepas berpantang nanti. 

Mungkin lah. Belum pasti lagi.

Jadi sekarang usia kandungan telah mencapai 33 minggu. Dan kini saya sedang berteka-teki tentang wajah mirip siapakah bayi akan ikut nanti. Wajah bapaknya kah atau ibunya kah.

Suami & saya.
Deli & Dala.
#Delila


Apapun jua. Semoga anakku sihat dan baik-baik saja. 

Namun ada sesuatu yang dikhuatirkan..

Sepertimana yang dihidapi oleh arwah ibu dan dua orang kakak, saya juga penghidap anemia seperti mereka. Hemoglobin sangat rendah dan darah sangat cair. Dan setakat ini sudah 3 kali kena suntik ubat tambah darah masuk dalam tubuh. Dan saya akui memang lemah serta kurang aktif sejak kebelakangan ini. 

Namun sejak mula masuk ke semester ketiga, selera makan beransur pulih. Selalu rasa lapar dan kadang kala berimaginasi sepertinya ingin makan ayam goreng berlemak.

Tapi saya ini tak boleh makan ayam selalu kerna alergik. Jadi kena makan ikan atau daging.  

Sukar sekali katakan tidak kepada aiskrim. Ternyata ianya terlalu nyaman dan amat sedap sekali. 

Tidak ketinggalan, pisang goreng cecah cokelat menjadi kegemaran sejak berkunjung ke Bali. 

Dan Tom Yam. Tapi Tom Yam pedas. Nanti sakit perut. 

Jadi, kena makan dengan hati-hati. Nanti tersembelit lagi.

Kini anakku sedang aktif dan bergerak rancak. Seperti sedang berenang-renang dan meluncur laju di gelongsor air terbesar di dunia.. gelongsor air Vuvuzuela, di Sunway Lagoon.

Ini amat mengujakan.

Semoga Allah memudahkan yang sulit. In sya allah.

Disember 10, 2013

Mengandung & selera makan

Mengandung ini pelik.

Perut membulat dan terkedepan. Pipi pula mengembung. Bila tengok cermin dan melihat perubahan diri kemudian berkata, "Apakah yang telah menimpa diriku?" Dan, "Apakah ini diriku?" Kemudian langsung tak mempercayainya. Kemudian kita berharap semua baju masih boleh dipakai lagi. Tapi sebenarnya tidak sama sekali. Seinci pun tidak dapat menampung kelebihan dan kelebaran anggota badan yang terlibat.

Sebagai seorang yang prihatin terhadap pelebaran dan perubahan bentuk badan. Tentunya berasa pelik dan hairan serta canggung akan perubahan yang berlaku. Tapi doktor kata.. "Be positive, that's the beauty about pregnancy".. Jadi saya cuba telankan seiring dengan masa dan hadamkan perlahan-lahan.

Abang pula kata, "Enjoy your moment sayang.." 

Tapi bagaimanakah saya nak enjoy the moment bila saya tak muat semua baju-baju saya.

Perkara ini telah mendatangkan kerungsingan yang membelenggu diri. 

Meskipun prihatin terhadap pelebaran dan pembesaran bentuk badan. Namun saya bukanlah si paronoia yang taksub akan berat badan dengan mengambil kira berapa banyak amaun kalori yang harus disumbatkan dalam perut.

Sebenarnya saya suka makan juga bila mood baik atau dalam keadaan stress ataupun gubra tidak menentu. Contohnya seperti persediaan sebelum kahwin. 

Sebenarnya sepanjang tempoh mendebarkan itu, saya dengan tidak sengaja telah menyumbat apa saja makanan yang mampu dicapai dan dimakan. Dan ini sememangnya bukanlah perilaku mengawal pemakanan dan berat badan sejati. Ini adalah perilaku untuk menutup gubra dan cemas semata.

Namun begitu, saya berjaya maintain berat badan supaya tidak melebihi had par atau kebiasaannya atau average. Dan bila mengandung, saya harus makan dan menaikkan berat badan. Dan pada peringkat awal mengandung, bilamana saya mula makan.. pastinya saya akan muntah semula.

Makan dan muntah semula. Makan dan muntah. Makan dan muntah semula. Dan, pada akhirnya saya telah hilang selera makan dengan ghairah.

Sejak muntah dengan kerap, saya selalunya rasa nak nangis bila dipaksa makan. Abang minta saya makan supplemen tambahan. Dan saya nangis kerana takut muntah. 

Bulan puasa yang lalu, saya berjaya berpuasa hampir penuh dengan ponteng puasa hanya selama 3 hari. Itupun kerana muntah teruk dan risau tiada zat dan nutrien yang tertinggal untuk bayi. Oleh kerana itu, saya gagahkan juga diri untuk makan walaupun tidak berselera dan serik kalau-kalau muntah lagi.

Berat badan di awal kehamilan tidak menaik. Malah, ketika musim hari raya aidilfitri yang lalu.. saya langsung tiada keinginan untuk makan ketupat, rendang, lemang dan lontong dengan ghairah dan menggila.

Selera makan telah hilang menjauh dan jatuh menjunam.


November 21, 2013

It's been a while

Oh my... I am a PREGNANT woman now! 
And.. soon I'll become a MOTHER?

(Oh. ...how time flies so fast!) 

The day when I told my dad, 
"Dad, someone wants to marry me!". 
I was sat on a long couch downstairs at my living room. And Dad was upstairs listened to me from his room at the attic. 
**
And when I came back home after I changed my status as a wife. 
Dad asked me, "Are you married?" 
"Can't believe you're married now!" 
"Seriously, are you married my dear daughter?" 
Dad asked me again and again. 
Since I'm no longer under his armpit. He wanted to play a little joked.



"Oh, my dad!" 
"Don't you remember ? You did my ijab and qabul.. and you forgot my full name three times... ?!?!" 

It was funny my own dad didn't remember my full name! 

After all, dad did good job when he hands over 
both of my sisters to their respective husbands previous years. 
And he already had two times experienced to hands over both of my sisters. 




Contrary, my husband are the one who supposed to be nervous at that moment. However, he managed to sat still and maintain steady.

"Oh, my dad!"
When dad couldn't say my name correctly during my ijab and qabul...
At that moment, 



I knew dad was so nervous to hands over me to the man whom I believe Allah did sent me him as my jodoh.

November 12, 2013

DIAM @ HIBERNASI

Bersikap diam dalam menghadapi orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak dilempar dengan batu. 

Diam itu juga seperti perniagaan meskipun kadangkala dirasakan tidak ada untung untuk melakukannya tetapi kita tidak rugi. 

Dan selalunyalah ia membawa keuntungan kepada pemiliknya.


mode; Kini sedang dalam mood ber-hibernasi

Mei 22, 2013

Intermisi hidupku

Sudah lama rasanya tidak meng-update blog ini.

Hari ini, saya ingin menconteng sedikit disini supaya dapatlah dilenyapkan rasa mengidam untuk merepek dan berpujangga seperti selalunya.

Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan kurniaMu. Engkau jadikan akhirnya sebuah petunjuk yang rahmat-Mu wahai Zat yang Maha Pengasih.

Setelah bertunang pada 30 Disember 2012, tahun lepas. Selesai sudah majlis pernikahan dan majlis resepsi yang berlangsung pada 30 & 31 mac yang lalu. Dan kini saya mendapati tarikh tersebut telahpun luput dan menjadi basi memandangkan hari ini sudahpun menjengah ke bulan mei.

Akhirnya, misi mencari cinta sejati telah pun saya temui. Tentu sekali rasa kelu dan syukur sentiasa menyelubungi diri senantiasa, setiap masa dan walau dimana jua berada.

Alhamdulillah berkat keutuhan hati yang mampan..

Ujian serta kegetiran hidup dapat diatasi dan ditempuhi dengan penuh sabar dan tawakal serta yakin kepada Allah nan satu dan percaya akan jawapanNya yang paling terunggul dan terhebat.

Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah, atas keizinanNya. Dan sesungguhnya tiada apa yang dapat menolak bahawa takdir dan jalan menuju destinasi itu terjadi dibawah kuasa dan ketentuanNya jua.

Sememangnya kesabaran yang jitu itu adalah satu kemenangan yang besar dan pasti.

Ya Allah Ya tuhanku.
Saya bermohon.

Jadikanlahku dalam kalangan wanita yang solehah, yang mentaati suaminya. Berkatilah segala rezeki dan kenikmatan yang kau berikan kepada kami.

Insyaallah. Amin.

April 19, 2013

Don't gave up on LOVE, yet (Part 1)


Always believe that, there must be someone special who really wants you, loves you and appreciate you anyway.

Many men may told you that they really love and like you so much. And they wanted you to become his wife. And when he begin to take care about you.. you may think that he really likes and love you. Do they really meant it? The questions was, how do you make sure that one really really like you sincerely and love you deeply from the bottom of his heart?

Actions speak louder than words huh? Okay. If you are the person who more keen on a man's actions, you may not easily get foolish by his words. You may only observe his actions, and not get annoyed by his words. 

But to know his character. You need to find out his sincerity. The trick was--You must able to read both his actions and his words. 

Read and observe.. both his words and actions through your SHARP eyes and ears in SILENT and PEACEFUL soul.

Other than that, in order to see his sincerity, you need to see his effort. And the major questions you need to asked yourself, is he looking for someone like you?

*** ehem-ehem-ehem ***

Ana did not have many criteria for a man to fulfill her desire. But she did make pre-screening and pre-judgmental on how men handle certain conflicts and issues. As well as, on how they perform themselves. And then. Later, if certain conflict or issue are dissolve. She will make her decision to stay with the relationship or to move.

But she’s giving chances anyway. Her mission was only to see how far can one go. She wants to see their effort and reactions on certain issue or conflict. How loud their words and how far can they go.

To find someone who wants to become her imam, for that reason of course, she’s looking for someone kind, generous and beriman. Only that matters.

Besides than that, she’s looking for someone committed and a very serious man to make her as his wife. And she need to make sure that he want to spent his rainy days, and his whole life only with her. Most importantly, she needs to see his sincere effort.

Either she’s away or they’ll go. The challenge was to find Mr. Right. For one reason, eventually she didn't know who and where exactly the right man, and where should she go or more precisely, her destiny. And at end of the line, she certainly couldn't figure out what she should do anymore. It was beyond her power.

She almost gave up because she did not have the answer who is the person was. She had enough. And she put her solely trust on ALLAH. 


On one night, she finally asked ALLAH, 
Dear AL-MIGHTY ALLAH.. PLEASE SEND ME ONE”.


There’s few things that she need to look up and to consider. And only she knew. She kept it secretly in her heart. After all, she had been through rough, tough and rainy days. For that reason, she limits herself.

She didn't tell anyone about what’s going on her mind. No one knows what’s inside her mind. 

She just waits patiently and sees how far can one go.